Monday, 11 August 2014
Hati Lambang Peribadi
Manusia sememangnya tidak akan pernah puas dengan apa yang telah dimiliki. pengalaman hidup banyak mengajar manusia bahawasanya hidup ini bukan sementara tapi singkat umpama benang yang mengimbangi batu yang berat. bukan senang untuk menjaga diri apabila manusia itu berasa dipuncak kehidupan. akhirat bukan lah berat baginya kerana terlalu asyik mengejar kejayaan duniawi akibat dek kemodenan. makin berjaya dalam hidup di dunia, makin lupa dan jauh pada bekalan akhirat. namun tidak semua, tapi banyak dan bukan kadang-kadang. cara berbicara juga memperlihatkan keangkuhan seseorang, bukan disebabkan bijak pandai, tetapi disebabkan kemewahan yang banyak dimiliki. mulut itu lambangnya hati, setiap perkataan itu membawa lambang yang sama diingini oleh hati manusia. jaga hati kerana dunia makin memakan diri manusia!! wallahu'alam..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment