Wednesday, 30 January 2013
A?Z?
kecerdikkan terletak pada hati, jauh disudut hati, ianya satu rasa kasih dan sayang kepada hamba itu. diam sejenak tidak bermaksud kasih dan sayang itu hilang sebegitu saja. namun satu realiti, hatinya bukan milik berdua lagi. setelah hari itu,cukup sekadar di dalam khidmat pesanan ringkas sekadar cuma,menyatakan hasrat tidak mahu meneruskan hubungan yang telah terbina selama ini. walaupun sekadar seketika cuma,namun cinta yang pernah datang itu telah mengubah Z dari hujung rambut sampai hujung kaki. kehadiran A sememangnya mengajar Z untuk menikmati hidup secara berdikari dan mementingkan diri sendiri sebelum orang lain. Z berdarah Kelantan, A berdarah Jawa Johor. perkenalan yang tidak disangka oleh hati Z yang kecewa dengan N. cinta dari A banyak mengubah Z supaya menjadi lebih matang sehinggakan A sememangnya menjadi sebahagian daripada kehidupan Z... mulanya ceritera ini tidak serancak mana sehingga banyak aktiviti bersama dilakukan, ianya memulakan satu perkenalan yang menjanjikan satu hubungan perkahwinan oleh Z. namun bagi A yang mungkin mengelak dari menerima kehendak Z telah memutuskan hubungan ini atas sebab mengejar kerja,cita-cita dan membebaskan keluarga dari kesempitan hidup. Z berasal daripada golongan keluarga pertenggahan,mungkin sama dengan A. tetapi A merupakan kepala kepada 3 orang adik beradiknya yang lain. tapi, bagi Z,bercinta itu tidak salah.. mengapa putuskan? sedangkan "AKU PERLUKAN ENGKAU"...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment