Monday, 10 December 2012
kutu
sejenis kuih yang berwarna hijau dan berperisa pandan. pertama kali saya melihat, was-was untuk menjamah makanan ini kerana saya kurang menikmati kuih muih yang belum pernah saya nikmati. mungkin sedikit rugi bagi diri saya kerana kurang mengenali jenis-jenis kuih mahupun nama kuih tersebut. hal ini kerana, mungkin disebabkan namanya yang dipanggil berbeza mengikut daerah. sesiapa yang memlihat kiriman saya kali ini,seharusnya menikmati kuih ini. kenikmatannya, manis gula melaka, perisa pandan yang mewangi, ahhhh... sangat rugi seandainya saudara sekalian tidak menjamahnya. saya hampir untuk tidak mencubanya,namun mujur lah ada saudara rakan seperjuangan dengan saya yang memujuk saya untuk mencuba. satu suapan membawa kepada dua suapan,haha enak saudara... di nikmati bersama teman seangkatan membuatkan ianya lebih berselera untuk dinikmati. puas sekali rasanya selepas menikmati sesuatu yang buruk dimata,sedap dihati. terima kasih saudara yang memberi saya peluang untuk mencuba kuih yang saudara bawak!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment