Tuesday, 11 December 2012
kedai
lokasi ini berada dihadapan tasik yang terdapat di putrajaya, kecil tapi boleh didapati makanan ringan sekadarnya. namun harganya sangat mahal. patutlah Dr kami menyuruh kami bawak bekal masing-masing. kebanyakkan pekerja di sini adalah pekerja asing. saya sekadar mencuci mata keadaan sekeliling tidak membeli apa-apa. keadaan di sini berhawa dingin,sangat selesa untuk berjalan-jalan di kawasan ini.
aktiviti sebelum mencari ilham
inilah saudara-saudara yang merupakan seangkatan perjuangan saya. jauh disudut hati, semuanya berwajah hati yang murni. baik dan penuh sopannya. ketika ini, banyak makanan yang dibawa, ada mee goreng, nutget, hotdog, kuih-muih, ahh.. banyak sampai saya sendiri pun tak melayan. datang untuk mengisi perut sekadarnya dahulu sebelum melakukan tugasan. pesanan dari bonda kami Dr. Mawar agar membawa bekal sendiri, mungkin untuk berilham perut haruslah diisi agar selesa menikmati permandangan yang permai dan penuh keseronokkan bagi anak muda yang berkunjung ke masjid putrajaya. saya sendiri telah mencuba hampir semua makanan yang mereka bawa,hahaha.. makanan free lagi sedap, siapa menolak memanglah rugi! tahniah saudara-saudar yang sentiasa bermurah hati dengan saya selama ini! semoga persahabatan kita eratkan silatulrahim sesama umat nabi kita!
rumput karpet
kawasan dihadapan masjid putrajaya. cantik dan tenang, sekiranya datang pada waktu pagi mungkin yang bermain dipikiran saya adalah ketenangan. hijau melambangkan kedamaian, kesatuan, semulajadi hasil ciptaan yang Maha Berkuasa. rumput karpet, sejenis rumput yang ditanam dan akan membiak dengan sendirinya sehinggalah penuh kawasan yang bertanah. seandainya dipijak, lembut saja permukaannya, hanya itu yang mampu saya gambarkan kepada saudara yang sudi membaca catatan saya kali ini. saya masih ingat, masa saya merakam gambar ini sebagai satu ingatan,satu kenangan yang tidak akan saya lupakan. saya masih ingat,saya melihat kanak berkejaran di kawasan ini, ada yang jatuh, namun tidak mengeluarkan air mata jernih seorang kanak-kanak yang masih putih tanpa setitik hitam di hatinya. seronok saudara, melihat mereka bermain, teringat saya pada kawasan padang yang saya selalu bermain semasa seusia mereka. ahhh.. rindunya saya pada ketika itu saudara. usia membesarkan fizikal saya, hahaha.. saya hampir dipuncak sekarang, saya pelajar universiti!! saya bangga dengan keadaan sekeliling saya!
Monday, 10 December 2012
kutu
sejenis kuih yang berwarna hijau dan berperisa pandan. pertama kali saya melihat, was-was untuk menjamah makanan ini kerana saya kurang menikmati kuih muih yang belum pernah saya nikmati. mungkin sedikit rugi bagi diri saya kerana kurang mengenali jenis-jenis kuih mahupun nama kuih tersebut. hal ini kerana, mungkin disebabkan namanya yang dipanggil berbeza mengikut daerah. sesiapa yang memlihat kiriman saya kali ini,seharusnya menikmati kuih ini. kenikmatannya, manis gula melaka, perisa pandan yang mewangi, ahhhh... sangat rugi seandainya saudara sekalian tidak menjamahnya. saya hampir untuk tidak mencubanya,namun mujur lah ada saudara rakan seperjuangan dengan saya yang memujuk saya untuk mencuba. satu suapan membawa kepada dua suapan,haha enak saudara... di nikmati bersama teman seangkatan membuatkan ianya lebih berselera untuk dinikmati. puas sekali rasanya selepas menikmati sesuatu yang buruk dimata,sedap dihati. terima kasih saudara yang memberi saya peluang untuk mencuba kuih yang saudara bawak!
ramai orang
lokasi di sekitar hadapan masjid putrajaya. meriah dengan ramai tetamu yang datang. mungkin dari berbagai pelusuk daerah yang datang kerana saya mendapati ada keluarga yang duduk seolah-olah berkelah dengan penuh makanan dan anak-anak pula riang berlari kesana kemari. indahnya suasana ketika ini, hati saya tersentuh apabila melihat seorang ibu mendukung cahaya matanya yang nakal berlari kesana sini. ahh.. seandainya saya cepat membesar dan cepat melangsungkan rumah tangga, destinasi ini mungkin jadi pilihan saya kerana keadaannya yang mendamaikan. satu kenangan yang tidak akan saya lupakan. terima kasih Dr. Mawar, malam yang indah!
Pelantaian
pelantaian merupakan satu tempat yang sesuai dijadikan satu sudut untuk menenangkan hati kita. kebanyakkan rumah di kawasan kampung akan mempunyai struktur binaan sebegini. hal ini kerana, tetamu yang datang boleh dijemput bersela disini, mungkin keadaan diluar lebih dingin jika mahu dibandingkan dengan keadaan suhu rumah kayu yang lebih hangat pabila siang hari. jadi, sudut sebegini memang sesuai dengan kehidupan kampung yang menenangkan.
bunga si penyeri hidup
kehadiran seorang teman hidup mampu menyalakan semangat dari bara terus membakar. kehangatan cinta seorang insan yang bergelar teman hidup sememangnya mendatangkan kebahagian dan kesenangan antara satu sama lain. kehadiran mek dah di dalam kehidupan Awang Ali, mempunyai seribu makna. setiap pagi disediakan kopi untuk suami tersayang. walaupun kehadirannya hanya seketika cuma, sudah cukup memberi makna yang mendalam bahawa isteri tiang kekuatan rohaniah.
Sunday, 9 December 2012
Si Jalak
inilah jambul bukan sebarangan, berwarna merah bagai mahkota. berbulu hitam keemasan, cantik dipandang dijadikan kepuasan. gagah di dalam gelangang bagai pahlawan, siapa lawan jangan dipandang duduk di depan pun belum tentu menang.
Thursday, 6 December 2012
Sisik ayam laga
Seekor ayam laga yang unik dapat dilihat mahupun diperhatikan melalui sisik yang terdapat di bahagian kakinya. ayam ini memiliki sisik yang unik, macam si jalak yang mempunyai sisik kaki seolah-olah kulit buaya. unik dan jarang sekali ditemui. perbezaan sisik juga menunjukkan keistemewaan yang terdapat pada seekor ayam laga tersebut.
Permainan Sabung Ayam
Sabung ayam merupakan permainan yang mendapat tempat dihati peminat permainan ini. permainan ini nampak upama kasar namun ada manfaat bagi sesetenggah orang. siapa tahu keperluan isi hati manusia. pertarungan yang melibatkan dua ekor ayam, semestinya ayam jantan. Di anggap pejuang bila berada di dalam gelangang. Permainan sabung ayam di lakukan hampir di setiap daerah dan tempat, ganjaran yang lumayan biasanya menjadi taruhan.
Subscribe to:
Posts (Atom)